Sunday, January 16, 2011

~terimalah pasangan anda seadanya~

Seorang lelaki dan kekasihnya berkahwin dan majlis perkahwinan mereka sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang bahagia tersebut. 

Suatu acara yang luar biasa dilangsungkan. Pengantin wanita begitu anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahwa mereka sungguh-sungguh saling mencintai.  

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, aku baru membaca sebuah artikel di majalah tentang bagaimana mengukuhkan tali perkahwinan" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Kita akan senaraikan semua hal yang tidak kita sukai mengenai pasangan kita.  Kemudian, kita akan berbincang bagaimana untuk mengubah perkara tersebut supaya boleh membuat rumah tangga kita lebih bahagia”

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan perkara dari pasangannya yang tidak mereka suka dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya menyenaraikan perkara yang kurang baik kerana perkara tersebut untuk kebaikkan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah bilik tidur dan menyenaraikan apa yang terlintas dalam fikiran mereka masing-masing. 

Keesokan paginya ketika sarapan, mereka bersedia untuk membincangkan perkara berkenaan. 
“Aku akan memulakan dahulu ya?”, kata si isteri.  Dia lalu mengeluarkan beberapa helai kertas.  Sungguh banyak yang ditulisnya.  Hampir 3 muka surat.


Ketika dia mula membaca satu persatu perkara yang tidak  disukai dari suaminya, dia melihat air mata suaminya mula mengalir. "Maaf, apakah aku harus berhenti ?" Tanya si isteri.  "Oh tidak, teruskan..." jawab si suami.  
Lalu si isteri meneruskan membaca semua yang telah di senaraikan, lalu kembali melipat kertasnya dengan rapi dan meletakan diatas meja dan berkata dengan gembira.



"Sekarang giliran kamu pula untuk membaca apa yang telah kamu senaraikan”.
Dengan suara perlahan si suami berkata "Aku tidak menyenaraikan sesuatupun dikertasku. Aku berfikir bahawa kamu sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubahmu.  Kamu adalah dirimu sendiri.  Kamu cantik dan baik bagiku. Tidak satu pun dari peribadimu yang ku rasakan kurang.... " 

Si isteri tersentak dan tersentuh oleh kenyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya seadanya.   Dia tertunduk dan menangis.....

Dalam hidup ini,banyak kali kita merasa kecewa, tekanan, dan sakit hati. Sesungguhnya tidak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut.  Hidup ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh mendapat banyak perkara yang indah di sekeliling kita ?

Saya percaya kita akan menjadi orang yang bahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk perkara yang baik dan mencuba untuk melupakan yang buruk.

Diterjemahkan dari tulisan : Trevor Klein.

No comments:

Post a Comment